Klik Klik

8:18 AM

Hari ni saya ada sesi photoshot bersama kak zubye.. Tapi bila bangun pagi rasa mata belah kiri ni cam tak selesa so cepat-cepat bangun gi tengok cermin.. Kompom!! mata saya bengkak, belah kiri.. tak tau la sebab apa. Tapi pada firasat saya yang pernah berguru ngan pak belalang ni, bengkak ni disebabkan skodeng orang semelih lembu semalam.. Muahaha.. (ingat kalakar la sangat tu????!!)
Huhu..rasanya sebab digigit semut la. Saya perasan tilam kami tu banyak semut halus, yer la kan dah anak2 menyusu atas katil so bala tentera semut datang la nak mencari rezeki hasil tumpahan susu tu. (Ni teori saya la..tak tau boleh pakai ker tidak)

Eh..niat buat entry ni sebab nak share pengalaman photoshot tadi.. Walaupun gambar2 yang diambil oleh kak zubye tu tak dapat lagi, saya nak share gambar2 yang diambil oleh saya & hubby guna dslr baru.. (hadiah anniversary..:p).. Eh, tk riak ok.. Sharing is caring kan (walaupun tak nampak dimana ciri-ciri caring dalam entry ni)

Mood hannan tadi sangat la tidak memberangsangkan sebab dia demam..demam disebabkan tonsil dia tu la, apa lagi. Lagi pun semalam dia jatuh dari kereta, masa papa dia sibuk masukkan barang dalam keta dia pun sibuk gak masuk. Tak tahu macamana boleh jatuh, jatuh terus muka tersemam atas tar/parking. (Duhai anak...kenapa la selalu buat hati mama sedih,risau???? )

Ok la, untuk mengkaver hati yang sedih tengok keadaan hannan jom la kita layan gambar-gambar yang diambil oleh seorang yang bukan pro ini..









Tengok tu, mata kiri saya dah start membengkak

Ok la, cukup la sikit jer dulu kan..nama pun bukan pro..cadangan & komen adalah dialu-alukan

HAPPY 4TH ANNIVERSARY!!!

7:03 AM

Semalam..26.11.2009 adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke empat..
Saya berdoa :
* semoga Allah panjangkan jodoh saya dan suami
* semoga ikatan suci ini akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat kami
* semoga dijauhkan dari fitnah & hasad dengki manusia.
* semoga diberi kesabaran menghadapi segala ujian dan dugaan yang diberi olehNYA
* semoga kejujuran dan kesetiaan yang ada dalam diri saya & suami akan kekal
* semoga hati kami tidak terbuka untuk melakukan perbuatan yang boleh merosakkan rumahtangga kami
* semoga anak2 kami menjadi anak2 yang soleh & solehah yang boleh membahagiakan kami di dunia & di akhirat kelak..
Amiiinn...ya Robbal 'Alamin..
For my dearest hubby...
We began as strangers.
We became friends.
We became one with each other...
We remain as one forever.
Happy Wedding Anniversary
To The One I Love!

Sabun AJAIB

6:45 PM

Fuh..cam apa jer tajuk tu kan..


Semalam promote jamu..ari ni saya nak share pasal sabun ajaib ni pulak..

Tadaaaaaaa....





Alah..kecoh jer saya ni kan, orang lain dah lama guna sabun ni tak kecoh pun..haha. Tak kisah la, bagi saya tak salah kebaikan tu dikongsi bersama kawan-kawan lain kan. Sepatutnya sebelum guna ari tu saya amik gambar dulu so baru la testimoni kira aci kan.. Tak kan nak tempek gambar selepas guna jer..tak aci. Kang orang kata kita tipu la :p

Yang saya boleh kata, sabun ni memang sangat2 ok. Sesuai jer ngan kulit saya yang kadang2 kering kadang2 berminyak ni. Yang paling ketara, pori-pori makin mengecil dan kulit makin glowing2 gituu..

Mula2 guna dulu memang ada gak kesan sampingan, muka menggelupas tapi sangat2 sikit ok kawan2..itu pun kat tepi hidung..hanya dalam 2 3 ari jer pastu clear. Jangan takut lak dengar perkataan menggelupas ni sebab kulit menggelupas halus tak macam produk pengelupasan lain yang 5 meter lagi dah boleh nampak..


Lain orang lain kesannya, macam officemate saya lak..1st week guna tu kulit muka dia jadi kusam & naik jerawat tapi kejap jer.. Rupanya sabun tu berfungsi untuk keluarkan toksin2 kesan kosmetik yang pernah kita guna..kot la sebelum ni kita pernah guna bermacam-macam produk kan.

Yang lagi best pasal sabun ni, muka kita nanti ada shape yer kawan2..pastu cheekbone pun boleh naik gitew.. Ish..penat la nak taip panjang2 ni. Kalau nak tahu lanjut apa kata korang tanya uncle google. Kat situ macam2 info ada..siap ada testimoni before and after lagi.


Ok la kawan2..kalau nak order sabun ni sila la bgtau..jangan malu2.

Baby in romper contest

7:09 AM



Hehehe..sibuk jugak nak cuba nasib kan..Dapat tau pasal contest ni pas baca entry yati a.k.a mummyzara


t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest'[hanya tajuk ini yang diterima] --> checked

2. upload gambar baby anda yang beromper ittew[overall tak masuk senarai tau!]--> checked

3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...] --> 11 bulan, checked

4. bermula dari harini hingga 24 nov[sempena birthday adeeb lewww] --> checked

5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper[tiada unsur paksaan]--> checked

6. pastikan ada link me & kodai me sekali[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
Penganjur: http://aslindaa.blogspot.com/
Kedai Penganjur: http://3ascollections.blogspot.com/

7. juga di bloglist anda [wajip] --> checked

8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified [nasib kome la yer...]

9. no votes, no slogan [korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]

10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja[senang saya nak jengah nanti]--> checked

11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer.. --> checked

Ni la gambar yang dipertaruhkan..(rasanya saya peserta terakhir kot.. hehe)







Nama: Nuha Umairah Bt Mohd Haris Fitri

Tarikh Lahir : 02.12.2008

(Gambar kedua ni amik masa umur nuha 4 bulan)



BUSY!!!

11:25 PM


Betul kawan-kawan..

Since semalam saya memang takde kerja yang nak dibuat kat ofis ni..tak..tak..tak..bukan saya malas nak buat kerja tapi memang kerja takde buat masa ni..sebab tu pada kawan-kawan yang hantar email tu pantas jer saya reply..hehehehe

Tapiiiiiiiiii..tunggu la besok entah2 penuh meja ni ngan baucer..sebab 2 hari ni my assistant tgh prepare baucer untuk saya sign..best kan??? muahahaha..tu bab baucer jer yang best..bab kena menadah telinga melayan customer/supplier tu bab yang paling tak best..bab nak prepare anggaran bajet paaaaaaaaaaling tak best..(kan kak pai kan..huhu) seb baik wat anggaran bajet (ABM) tu setahun sekali jer..sebulan dua lagi start la wat ABM tu..

Ok la, saya nk g jumpa mr tan jap..


Gambar dan tajuk entry hanyalah sekadar mengaburi mata kawan2 sekalian..

Jamu???

6:05 PM

Kawan-kawan..

Ehem Ehem..(clear throat)...

Saya ni selalu penat bila balik kerja..normal agaknya kan sebab dah letih bekerja sepanjang hari pastu balik rumah nak kena memasak & melayan karenah anak-anak pulak. Bila dah macam tu saya pun terfikir nak cari something yang boleh buat saya tetap ada energy sampai malam.

So suatu hari..sang kancil sedang berjalan-jalan..muahahah..rilek..rilek..jangan marah.
ok, so saya pun beli la satu jamu tu..agak femes gak. Beli yang capsul sebab kalau yang serbuk memang jangan harap saya nak sentuh.

Saya pun ikut la cara makan macam yang tertulis kat botol tu..dua bijik sebelum makan pagi dan dua bijik sebelum makan malam. Nak dijadikan cerita, satu hari tu saya gi klinik sebab tak sihat..(batuk & selsema punya hal) bila nampak ada alat penimbang saya pun try la timbang. Kawan-kawan nak tahu tak berapa berat saya??? Saya sendiri terkejut sampai tanya kakak kat kaunter tu "kak..alat penimbang no ok ker?"..dia jawab "Ok jer dik, kenapa? "..saya tak jawab, just senyum jer kat dia.. What???? Berat saya 45KG yer kawan2..betul 45kg iaitu berat saya semasa anak dara dulu.. (Saya baru start makan jamu ni awal bulan november baru ni ok)

Saya macam tak percaya, dalam 2 minggu makan jamu ni boleh turun 4kg..puasa sebulan ari tu pun just turun 2 kg. Bila share ngan kawan2 kat ofis diorang semua tak percaya, diorang kata saya memang jenis kecik..senang nak naik dan senang nak turun.. So, bila diorang dah kata macam tu saya tak boleh nak kata apa la kan..terpulang :)

Tapi kan kawan-kawan, satu yang saya perasan..saya memang energetic then lagi satu nipp*e jadi pink semula. Saya tak tipu ok, tapi tak tau la kalau kesan jamu tu berbeza ikut orang pulak kan. So saya pun rajinkan la diri untuk google pasal jamu ni (eh apa da, dah makan baru nak buat research :P)
Rupanya kebaikan jamu ni sangan banyak, bukan sekadar elok untuk peredaran darah tapi elok membantu membakar lemak (no wonder berat badan turun kan) dan untuk merapatkan yang dah longgar tu,faham2 jer la kan bila dah beranak pinak ni..heheheh)

Bila dah ada kesan positif yang saya nampak, saya pun share la pasal benda ni ngan seorang kakak. Kakak tu anak dah 4, memang agak gempal sikit badan. Dia pun try beli sebotol, then semalam (23.11.2009) saya call dia..selepas dua minggu try berat dia dah turun 2kg ok..dia seronok sangat lebih2 lagi bila suami dia tegur brea*t dia dah tegang semula. Masa call tu suara dia happy jer, dan lagi best dia siap order lagi 5 botol..kawan2 dia pun dah terpengaruh dengar pengalaman dia tuh.. =)

Sebenarnya saya buat entry ni tkde apa2 motif ok, just nak share pengalaman saya amal jamu ni. Oppss..oppsss, saya tak jual jamu ni tau..saya tolong belikan untuk kawan saya tu jer sebab kat sabah sebotol RM65, kt sini murah sikit :)
(Tapi kalau saya nak buat bisness pun agak2 boleh jalan gak ni kan..kihkihkih..)

P/s: Saya dah berenti amik jamu ni sebab tanak kurus sangat..kang tinggal rangka jer. Lagi pun saya skng ni dekat 2 minggu per*od..time bendera merah naik tak boleh makan jamu ok..


Pic rembat kt sini

AMARAN: PENGAMBILAN JAMU INI ADALAH DI ATAS RISIKO SENDIRI OK. SAYA TAK NAK KENA SAMAN SEBAB PANDAI-PANDAI PROMOTE LAK =D

Siapa cari saya???

5:59 PM

Siapa??? Siapa yang cari facebook saya ni?? muhahaha..(cam bagusss..)



Tengok nih..sampai 20 kali hit nih..



Jeng..jeng..jeng...

Alamak..terkecik la pulak, tp boleh nampak gak kan?

Apakah???

4:59 AM
















******************************Edited***************************
Setelah dicadangkan oleh has maka saya pun bubuh watermark..hehe..thanks has

Muahaha..ni la hasilnya. Alhamdulillah, hajat untuk memiliki sebuah dslr akhirnya tertunai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada en suami kerana berbaik hati menghadiahkan saya camera ni. Kata hubby "Anniversary's present in advance" :) Whatever la kan, dah dapat ni cukup bersyukur..

Musim Sejuk Akan Melanda KL?????

10:52 PM



Kawan-kawan,
Saya dapat email ni dari seorang kawan tapi sebelum tu saya memang ada dengar desas desus pasal KL akan dilanda musim sejuk yang teramat hujung minggu ni.. Waallahu'alam..

Jom baca..


Dear Friends,

I don’t intend to cause alarm but I think I need to share this with everyone. Whether this is a hoax or otherwise; as a precaution, may be good to have some warm clothings on hand and be home early on Friday, 20th November 2009.

Rumours are surfacing about a freak winter storm that is expected to hit the Kuala Lumpur city centre on Friday, 20 November 2009 at around 7pm.

Being near the equator, KL has never experienced such a cold weather phenomenon and residents used to the hot and humid weather are warned to take serious precautions.

Reliable sources think that there are reasons to believe these rumours following some unusual weather-related events that many parts of the world have experienced in recent history.

Those who have never experienced extreme cold weather are advised to stick close to one another for support. I suggest reading this article on How to Survive Being Stranded in Snow and other similar ones you can find easily on the internet.

As I personally know some of these sources, I will send out further notices as we get closer to the anticipated event.

Remember, mark 20 November 2009 in your diaries. In such an occurrence, there is safety in numbers so stay close to one another, especially after office hours!

Seram gak kan..cam nak amik cuti jer duduk umah..bahaya gak ni sbb drive bawak anak kecik kan..

Motivasi Diri

12:03 AM

“Perjuangan Belum Selesai”

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya

Kekasih Yang Tak Dianggap

7:10 PM

Best gila lagu ni..layan la cepat. Saya bg lirik jer..hehe
Try la cari sendiri kat Youtube..

Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah

Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah

Tak Serupa Tapi Sama

4:36 PM

Sapa tengok cerita ni malam tadi..saya tak faham or tk boleh catchup apa moral of the story.. Tolong anyone boleh eksplen??

N.U.H.A

7:41 PM

Tengok la ni..macam ni la fe'el dia selalu..
bayangkan macamana saya nak drive kalau dia pun sibuk nk pegang stereng..
kadang2 kalau dengar lagu siap berjoget sambil pegang stereng. Ni menyibuk kt papa dia pulak..

My baby boy

6:56 PM

Uishh..heaven betul saya rasa bila kerja2 yang menimbun tu dah setel..mula la rasa nk buat macam2..

Jom layan gambar2 hannan ni..dia memang selalu macam ni, kalau tanya "hannan nk tidur?..dia akan geleng kepala walaupun mata lah layu. Rasanya dia sorg jer yang boleh tidur dalam keadaan macam ni....
Zasssss....






Yang gambar last ni dia dah nak tumbang bila papa dia membelok..hahaha..dengan muka2 sekali berubah..

Sungguh mak kagum dengan anak mak yang sorang ni..

FRIDAY!!!!!!!!!!

6:51 PM

Alooohaa..


Yeay..it's friday again n insyaallah tomorrow that thing will be mine!!! muahahaha..

Thanks B. I LOVE U SO MUCHHH....


Apakah bendanya??? Tungguuuuu...